Ruang Menunggu (Executive Lounge)

Ruang Menunggu bas (Executive Lounge) Syarikat Pengangkutan Maju Berhad terletak di Lot B-03, Tingkat 1, Bangunan Terminal Larkin Sentral Johor Bahru dan berkeluasan 1100 kps dan boleh menempatkan seramai 30 orang pada satu-satu masa. Tujuan ruang ini diwujudkan  adalah bagi menawarkan kemudahan tempat menunggu bas yang lebih selesa selain memberi perkhidmatan tambahan kepada penumpang bas. Ruang menunggu ini telah dibuka pada orang ramai sejak 2011 dan masih beroperasi sehingga kini.

Antara kemudahan yang disediakan dalam ruang menunggu tersebut adalah seperti:

  • Ruang menunggu eksklusif berhawa dingin
  • Tempat duduk selesa
  • Minuman dan makan ringan
  • Kemudahan internet
  • Penyediaan bahan bacaan seperti akhbar, majalah, televisyen dan kemudahan mengecas telefon bimbit
  • Perkhidmatan jualan tiket bas MAJU

Kemudahan ruang menunggu boleh digunakan oleh penumpang bas ekspress MAJU secara percuma kecuali makanan dan minuman.  Ruang Menunggu ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.