I-COP S.H.E

Print

/

Kerajaan telah mewajibkan semua  pengusaha perkhidmatan bas melaksanakan  I-COP S.H.E (Industrial Code of Practice Safety, Health and Environment) untuk mewujudkan keadaan yang lebih selamat di jalan raya dan persekitaran. Oleh itu, satu kod operasi piawaian khusus telah diwujudkan untuk pengangkutan awam. I-COP S.H.E merupakan asas panduan dalam pengurusan yang  melibatkan pengoperasian bas-bas ekspres (2007)  dan keseluruhan pengangkutan  awam (2010). I-COP S.H.E juga  telah meningkatkan sistem pengurusan pemandu,  pengurusan kenderaan, pengurusan risiko perjalanan dan sistem jaminan kualiti. Sebanyak 27 prosedur telah diwujudkan dan dilaksana diperingkat MAJU.