Perkhidmatan TransJohor

Print

 

Perkhidmatan di Bandar Mersing telah pun dioperasikan pada bulan Jun 2015 dengan 3 buah bas.  Ini dikuti oleh perkhidmatan di Bandar Pontian (2 buah bas)  dan  Batu Pahat (5 buah bas) yang telah beroperasi pada bulan Mac 2016.

Bagi ketiga-tiga daerah tersebut, sehingga bulan Mac 2016, 43,155 penumpang (Mersing 32,620 penumpang, Pontian 3,073 penumpang, BatuPahat 7,462 penumpang)) telah menggunakan perkhidmatan ini.

Untuk perkhidmatan ini, Johor Corporation menyalurkan RM2 juta setahun bagi membantu menjayakan perkhidmatan bas tersebut.