Perkhidmatan Bas Percuma di Johor Bahru

BAS MUAFAKAT JOHOR

 

 

 

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd (MAJU) dengan kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menjalankan perkhidmatan bas percuma iaitu Bas Muafakat Johor di empat  Pihak Berkuasa Tempatan di dalam daerah Johor Bahru mulai 01hb April 2016.  Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat terdiri dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

 

  • Ini adalah usaha Kerajaan Negeri kepada penduduk negeri Johor dalam meningkatkan taraf hidup penduduk.
  • Peruntukkan sebanyak RM11 juta melalui bajet kerajaan Negeri telah disalurkan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), (MBJB, MPKu, MPJBT,MPPG) bagi menyediakan perkhidmatan tersebut
  • Dikhaskan hanya kepada rakyat Malaysia sahaja

  • Dipantau oleh PAJ dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah selesa dan memuaskan

  • Melibatkan15 laluan dan 28 buah bas

  • Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ini perlu membeli kad berharga  RM10 sah tempohlaku selama setahun.

     

    Selain dari MAJU, Syarikat Handal Indah juga diberi kepercayaan untuk mengoperasikan bas Muafakat Johor ini.  Terdapat 8 laluan dengan keseluruhan 15 buah bas MAJU yang terlibat bagi BMJ yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam iaitu :

 

 

       Ini adalah usaha Kerajaan Negeri kepada penduduk negeri Johor dalam meningkatkan taraf hidup  penduduk.

  • Peruntukkan sebanyak RM11 juta melalui bajet kerajaan Negeri telah disalurkan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), (MBJB, MPKu, MPJBT,MPPG) bagi menyediakan perkhidmatan tersebut
  • Dikhaskan hanya kepada rakyat Malaysia sahaja

  • Dipantau oleh PAJ dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah selesa dan memuaskan

  • Melibatkan15 laluan dan 28 buah bas

  • Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ini perlu membeli kad berharga  RM10 sah tempohlaku selama setahun.

     

Selain dari MAJU, Syarikat Handal Indah juga diberi kepercayaan untuk mengoperasikan bas Muafakat Johor ini.  Terdapat 8 laluan dengan keseluruhan 15 buah bas MAJU yang terlibat bagi BMJ yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam iaitu :

  • 3 Laluan di kawasan Majlis Perbandaran PasirGudang (6 buah  bas)

  • 3 Laluan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (6 buah bas)

  • 2 Laluan di Kawasan Majlis Perbandaran Kulai (3 buah bas)

Antara ciri-ciri tambahan yang terdapat pada perkhidmatan BMJ iaitu:-

  • CCTV (real time) untuk Pemantauan keselamatan penumpang, pengawasan disiplin pemandu
  • GPS – Pemantauan had kelajuan

  • Kemudahan WIFI percuma

  • Mesin pengimbas kad

  • Kemudahan untuk kurang upaya

     

Dengan menyediakan bas percuma dilaluan-laluan tertentu di 4 buah majlis ini :-

  •  Dapat membantu menyelesaikan antara isu-isu utama yang berkaitan dengan masalah rakyat antaranya meningkatkan mutu perkhidmatan melalui perkhidmatan bas percuma
  •  Menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas awam dengan sasaran penggunaan bas awam dari 5% kepada 10% peratus pada tahun 2020 (Pada masa kini nisbah penggunaan bas awam berbanding kenderaan persendirian adalah  5 : 95, Sumber PAJ)
  • Meringankan bebanan kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah