Projek Usahasama Penyelidikan (NIOSH-JCORP-UTHM)

Pada 25 November yang lalu, pihak MAJU telah menghadiri Majlis Menandatangani Non-Disclosure Agreement (NDA), antara National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Johor Corporation (JCORP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis tersebut telah berlangsung sekitar jam 2.30 petang di Menara KOMTAR, JBCC. 

Perjanjian bagi projek usahasama itu telah ditandatangani dan disaksikan oleh:

1. JCORP

Penandatangan: Tuan Hj Zulkifli Bin Ibrahim - Naib Presiden Kanan/Ketua Pegawai Operasi 
Saksi: Puan Hjh Azizah Binti Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Johor Corporation 

2. MAJU

Penandatangan: Tuan Hj Lukman Bin Abu Bakar - Pengerusi Syarikat Pengangkutan Maju Berhad
Saksi: Encik Mahudin Bin Suliaman - Timbalan Pengurus Besar

3. NIOSH

Penandatangan: Ir. Hj Rosli Bin Hussin - Pengarah Eksekutif
Saksi: Encik Ayop Bin Salleh - Setiausaha Eksekutif

4. UTHM

Penandatangan: Prof. Madya Dr Zamri Bin Omar - Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Saksi: Encik Mohd Azlis  Sani Bin Md Jalil - Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan

Majlis ini adalah lanjutan dari persetujuan JCORP terhadap permohonan NIOSH untuk melaksanakan projek usahasama penyelidikan NIOSH - JCORP - UTHM. Projek bertajuk "Investigation of Mental and Physical Fatigue Among Intrastate Bus Drivers" yang diselia oleh NIOSH ini mensasarkan tempoh selama satu tahun dan melibatkan pemandu bas MAJU sebagai subjek kajian (Intrastate Driver). 

Kajian ini akan melibatkan pemerhatian terhadap aktiviti otot dengan menggunakan Electromyography (EMG) dan Electroencephalogram (EEG) kepada aktiviti otak. Hasil penemuan dari kajian ini berkemungkinan akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan dalam merancang jadual kerja syif untuk pemandu.