OPS Selamat PDRM

Print

 

Pada tahun 2012, Polis DiRaja Malaysia telah melancarkan OPS Selamat  bagi memberi penghargaan kepada pengguna jalan raya yang telah menunjukkan sikap-sikap pemanduan yang berhemah. Program tersebut telah diteruskan pada tahun-tahun berikutnya sebanyak 2 kali setahun iaitu sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

Pada tahun 2014 Syarikat Pengangkutan Maju Bhd sekali lagi dipilih untuk menerima surat penganugerahan tersebut dan ini merupakan tahun ke 3 berturut-turut MAJU menerima surat penghargaan sejak ia mula diperkenalkan.  Majlis Penyampaian OPS Selamat 2014 telah diadakan pada 17/02/2014 (sempena perayaan Tahun Baru Cina) dan 11/08/2014 (sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri). Surat Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Dato Sri Khalid Bin Abu Bakar.

Anugerah ini adalah bukti/pengiktirafan perkhidmatan bas MAJU yang disumbangkan oleh  pemandu-pemandu yang telah menunjukkan sikap-sikap pemanduan berhemah di samping mempunyai rekod yang bersih seperti tidak mempunyai saman tertunggak dan tidak memandu melebihi had laju di sepanjang masa bertugas.   Sikap pemanduan yang berhemah ini adalah sememangnya dituntut dari seorang pemandu dan pengguna jalan raya.